Azlan harapkan keajaiban di pentas final

Azlan harapkan keajaiban di pentas final

TRIO negara Azlan Alias (apitb kanan), Syahir Rosdi (tekong) dan Farhan Adam (apit kiri) ketika beraksi di Piala Dunia Sepak Takraw 2024. GAMBAR- AMIR KHALID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad regu sepak takraw negara tidak berdepan masalah untuk mara ke final Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila menumpaskan Myanmar 15-3, 15-11 di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Trio utama negara yang diwakili Syahir Rosdi selaku tekong, Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) ternyata sukar untuk digugat apabila mempamerkan aksi konsisten pada set pertama.

Myanmar yang yang diwakili Zin Ko Ko (apit kiri), Min Thant Thu (Tekong) dan Nyein Chan Khin Maung Cho Phay (apit kanan) gagal untuk mengimbangi set pertama khususnya untuk mengambil servis ‘kala jengking’ Syahir.

Bersambung set kedua, Myanmar menampilkan sedikit kebangkitan dengan mengekori rapat mata Malaysia, namun gagal menghalang kemenangan anak-anak buah Ahmad Jais Baharun.

“Sekarang fokus kami beralih kepada aksi final menentang Thailand, kami mahu menang di hadapan penyokong sendiri dan kami akan lakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita.

“Kali terakhir kita tewas kepada Thailand ialah di Sukan Asia di Hangzhou dan misi kami adalah untuk menebus semula kekalahan itu. Memang ada perkara yang perlu diperbaiki dan kita akan buat yang terbaik esok.

“Jika kami berjaya mengatasi Thailand esok, ia akan memberi semangat yang baik untuk acara berpasukan. Saya harap esok akan ada keajaiban,” kata Azlan selepas tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia akan berdepan Thailand di pentas final pukul 9 malam esok selepas skuad Gajah Perang itu menumpaskan Filipina 15-4, 15-8 dalam satu lagi aksi separuh akhir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN