KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, mengakui skuad bimbingannya masih tercari-cari rentak terbaik kurang sebulan sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M) 2024/25. Menurut jurulatih berasal Croatia itu, beberapa aksi pemanas badan yang dilalui belum menampakkan keserasian terutama dengan kehadiran ramai muka baharu dalam pasukan iu. Steinbruckner bagaimanapun optimis skuad Penyu mampu meningkatkan prestasi dengan masa yang ada bagi membentuk kesebelasan utama bertemu Perak pada 11 Mei depan.…










