Kedah bakal senasib Perlis United?

Kedah bakal senasib Perlis United?

Pasukan Kedah antara yang dibelenggu masalah termasuk berhadapan tindakan oleh FIFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, itulah nasib yang menimpa skuad Kedah Darul Aman (KDA) FC ketika ini.

Selepas dihimpit masalah tunggakan gaji musim lalu yang belum selesai, kini skuad Sang Kenari turut berdepan sekatan perpindahan pemain, ketika nasib mereka masih samar untuk terus kekal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) atau sebaliknya.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan skuad Sang Kenari tidak boleh mendaftar pemain baharu sehingga sekatan perpindahan pemain ditarik balik oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam, KDA FC boleh mengambil pemain baharu, namun tidak dibenarkan untuk mendaftarkan mana-mana pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Katanya, KDA FC perlu terlebih dulu menyelesaikan kes tunggakan gaji membabitkan bekas penyerang importnya, Kipre Tchetche yang kini di bawah perhatian FIFA.

“Kedah (KDA FC) boleh beli sebanyak mana pemain yang mereka mahu tapi tidak boleh didaftar sehingga sekatan pendaftaran pemain oleh FIFA ditarik balik.

“Kedah sekarang masih lagi tidak membayar kes membabitkan tuntutan pemain import Kipre. Kita tengok sampai tarikh akhir nanti. Kalau gagal, Kedah hanya boleh bermain dengan pemain yang ada saja (pemain musim lalu),” katanya.

Terdahulu, KDA FC dilihat antara pasukan paling rancak dalam jendela perpindahan apabila membawa pemain baharu antaranya Syafiq Ahmad dan Rizal Ghazali serta tiga pemain import iaitu Sony Norde, Sukhrob Nurullaev dan Habib Haroon.

Begitupun kelmarin, KDA FC menerima tamparan hebat menjelang sepak mula saingan Liga M Mei ini apabila muncul pasukan pertama dipotong mata ekoran kegagalan menjelaskan tunggakan penuh gaji musim lalu.

Keputusan itu diputuskan badan bebas, First Instance Body (FIB) apabila Pengerusinya, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif mengumumkan pemotongan tiga mata dikuatkuasakan serta merta dan denda RM 50,000 ke atas KDA FC.

Kelab itu didapati gagal membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 yang berakhir pada 30 Mac lalu yang ditetapkan FIB sebelum ini.

KDA FC diberi talian hayat terakhir sehingga 20 April ini untuk menyelesaikan tunggakan gaji itu dan jika masih gagal kelab berkenaan berisiko ditarik Lesen Kebangsaan, sekaligus gagal beraksi di Liga Super musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN