FIFA bebaskan KDA FC, boleh daftar pemain baharu

FIFA bebaskan KDA FC, boleh daftar pemain baharu

MOHD. Daud Bakar (tengah) pada sidang akhbar perkembangan semasa KDA FC di Wisma PKNK, Alor Setar, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat Kedah Darul Aman (KDA) FC boleh menarik nafas lega apabila skuad Sang Kenari sudah boleh mendaftarkan pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ia selepas pasukan berkenaan mengesahkan bahawa mereka sudah menerima surat pengesahan penarikan balik sekatan perpindahan pemain daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

KDA FC dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, surat pengesahan daripada badan induk bola sepak dunia itu diterima semalam, sekali gus memberi berita gembira buat penyokong Sang Kenari.

“Pihak pengurusan menegaskan, isu ini berbangkit kerana aspek teknikal yang boleh dielakkan sejak awal dan pihak pengurusan sudah menyelesaikan tuntutan bekas pemain pasukan Kedah musim 2020 dan 2021.

“Selaras dengan persiapan musim ini, pengesahan ini membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/25,” jelas KDA FC dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, badan bebas, First Instance Body (FIB) mengumumkan KDA FC dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM 50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023.

Dalam masa yang sama, KDA FC diberikan tempoh hingga 20 April ini untuk membuat pembayaran penuh tunggakan gaji itu atau mengemukakan bukti dokumen kewangan bagi menyelesaikan pembayaran.

Sekiranya gagal, maka lesen kebangsaan KDA FC boleh ditarik balik, seterusnya kelab itu tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2024-2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN