Perlis kembali ke Liga Super

Perlis kembali ke Liga Super

PASUKAN Perlis United yang beraksi di Liga M3 musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 13 tahun, Perlis United FC (PUFC) kembali beraksi dalam Liga Super bagi musim 2024/2025 selepas pasukan itu berjaya melepasi tapisan untuk mendapat Lesen Kebangsaan daripada Liga Bolasepak Kebangsaan (MFL).

Keputusan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL dan First Instance Body (FIB) yang bersidang semalam bagi menentukan pasukan Liga M3 mana yang akan dinaikkan pangkat beraksi di Liga Super.

Menurut sumber, Perlis United telah membuat persiapaan rapi dan mempunyai struktur kewangan yang lebih berbanding tiga lagi pasukan yang turut membuat permohonan Lesen Kebangsaan iaitu Imigresen FC, Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) dan Harini FT.

“FIB telah membentangkan hasil temuduga yang dijalankan ke atas keempat-empat pasukan Liga M3 yang menghantar permohonan untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan. Selepas penelitian, Perlis United telah membuat persiapan rapi untuk naik ke Liga Super.

“Antara aspek utama yang diberikan perhatian ialah kewangan dan mereka (Perlis United), mempunyai sokongan yang cukup baik daripada kerajaan negeri dan penaja-penaja seperti yang telah dikemukakan kepada FIB dalam proses temuduga.

“Lebih menguatkan sokongan untuk Perlis diberikan peluang bersaing di Liga Super ialah mereka adalah satu-satunya pasukan berstatus negeri yang membuat permohonan Lesen Kebangsaan,” kata sumber berkenaan kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, keempat-empat pasukan Liga M3 yang membuat permohonan bagi mendapatkan Lesen Kebangsaan telah menjalani proses temuduga pada Isnin lalun yang dijalankan oleh Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN