PETALING JAYA: Impian pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 lebur selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sah menggugurkan namanya daripada senarai pemain ke Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024. Pemain berusia 24 tahun itu ketika ini berada di ranking ke-17 dalam kedudukan Race to Paris dan beliau tidak akan layak ke acara temasya terbesar dunia itu kerana tidak berakdi di BAC 2024 yang menjadi medan…