Arif-Roy King selangkah ke final Sepanyol Masters

Arif-Roy King selangkah ke final Sepanyol Masters

Yap Roy King (kanan) bersama Wan Arif Junaidi (kiri)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki Malaysia, Arif Junaidi-Yap Roy King semakin mempamerkan keserasian sejak digandingkan tahun lepas setelah mereka berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Sepanyol Masters di Madrid, Sepanyol, awal pagi tadi.

Pasangan yang menghuni ranking No. 65 dunia itu mencipta kejutan ke atas pilihan kelapan, M.R. Arjun-Dhruv Kapila dari India 21-19, 21-23, 21-17 dalam pertarungan sengit yang berlangsung lebih sejam itu.

Arif-Roy King bakal berdepan satu lagi halangan iaitu pasangan adik beradik dari Perancis, Christo Popov-Roma Junior Popov di separuh akhir sebelum merealisasikan impian menjejakkan kaki ke final.

Belum pernah bertemu beregu No. 45 dunia itu dalam sebarang kejohanan antarabangsa, Arif-Roy King berpeluang mencipta satu lagi kejutan dalam pertemuan yang dijangka berlangsung awal pagi, esok (waktu Malaysia).

Jika berjaya mara ke perlawanan akhir, Arif-Roy King yang baru enam bulan digandingkan, ia bakal menjadi satu pencapaian terbaik buat beregu itu.
Arif sebelum ini berpasangan dengan Muhammad Haikal Nazri, manakala, Roy King pernah bergandingan dengan Chang Yee Jun.

Sementara itu, cabaran Malaysia dalam saingan perseorangan lelaki berakhir selepas Leong Jun Hao tunduk kepada bekas jaguh No. 2 dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan 16-21, 12-21 dalam masa 33 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN