Tze Yong cedera bukan kerana latihan keras - Rexy

Tze Yong cedera bukan kerana latihan keras – Rexy

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menafikan rejim latihan baharu menjadi punca kepada kecederaan pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong.

Menurut Rexy, pemain No.25 dunia itu tidak mengikuti secara penuh corak latihan baharu yang dilaksanakan untuk skuad badminton negara, biarpun telah mula diperkenalkan pada Disember lalu.

“Dia (Tze Yong) kata mahu menjalankan latihan selama enam jam sehari. Saya lihat dia tidak memberikan komitmen itu lagi dan dia tidak pernah usaha macam itu.

“Saya tidak kisah untuk memberitahu (kepada umum) kerana saya memberi tahu perkara yang sebenarnya,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), semalam.

Tze Yong mengalami  kecederaan tulang belakang sewaktu menentang pemain Singapura, Jason Teh pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 minggu lalu.

Pada hujung tahun lalu, pemain berusia 24 tahun itu, mengubah regim latihan yang lebih intensif dalam usaha memperbaiki prestasinya untuk menghadapi kejohanan badminton musim ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan kondisi Tze Yong, Rexy berkata, hanya pegawai perubatan yang ditugaskan lebih layak untuk mengeluarkan kenyataan berikut.

“Kami telah menarik namanya keluar dalam Terbuka Jerman pada 27 Februari depan kerana dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk pulih.

“Namun pada Terbuka Perancis dan All England kami masih menghantarnya bergantung pada tahap kecederaannya dan mungkin Terbuka Sepanyol kami juga akan meletakkan namanya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya