TNB mengganas, Jang ledak hatrik benam TNB Thunderbolts 6-0

TNB mengganas, Jang ledak hatrik benam TNB Thunderbolts 6-0

AKSI Jang Jong Hyun ketika beraksi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB). - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain import Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jang Jong Hyun membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak hatrik untuk membenam pasukan adik, TNB Thunderbolts dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Jong Hyun gagal beraksi dengan baik dalam perlawanan pembukaan menentang Maybank Jumaat, namun pemain Korea Selatan itu menampilkan aksi berbeza pada perlawanan hari ini.

Dia mula meledak seawal minit ke 11 menerusi pukulan sudut penalti.

KUALA LUMPUR 4 FEBRUARI 2024 – Pemain Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mughni Mohamad Kamal (kiri) merebut bola dari Pemain TNB Thunderbolts, Shafiq Hakimi Shahidan pada perlawanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 di Stadium Hoki Nasional di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

TNB semakin selesa apabila rakan sepasukan, Syed Syafiq Syed Cholan menggandakan jaringan pada penghujung suku kedua, juga menerusi pukulan sudut penalti.

Tidak ketinggalan, Firhan Ashaari turut melakar nama sebagai penjaring dalam perlawanan ini apabila meledak pada suku ketiga permainan.

Barisan anak buah Nor Saiful Zaini terus bernafsu di suku keempat, dan hasilnya mereka menambah tiga lagi gol.

Nik Aiman Rozemi berjaya menambah derita TNB Thunderbolts pada minit ke 47, sebelum Jong Hyun meledak dua lagi jaringan dalam tempoh lima minit untuk menjadikan kedudukan 6-0.

Kemenangan ini meletakkan TNB berada di puncak liga dengan empat mata selepas dua perlawanan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×