Razlan menang tanpa bertanding kerusi presiden PBKL

Razlan menang tanpa bertanding kerusi presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur

Datuk Razlan Razali.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas prinsipal pasukan RNF Racing, Datuk Razlan Razali sah diangkat menjadi presiden baharu Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) menerusi Mesyuarat Agung badan induk itu hari ini.

Razlan menang tanpa bertanding menggantikan presiden sebelum ini, Datuk Saniboey Ahmad Ismail dan akan memegang kerusi itu untuk tempoh dua tahun sehingga 2026.

Turut sama menang tanpa bertanding adalah Firdaus Arshad yang diangkat menjadi Timbalan Presiden, manakala Ramlan@Ramdzam Mohd Said dan Leong Kit Chuan dilantik menjadi Naib Presiden.

Jawatan Bendahari pula disandang oleh Cheah Seng Ho.

“Terima kasih ahli jawatankuasa dan kelab-kelab yang bernaung di bawah PBKL yang mencalonkan kami untuk menerajui PBKL bagi penggal 2024-2026. Saya amat teruja menjadi presiden PBKL kerana minat yang mendalam dalam sukan basikal.

“Saya harap bersama dengan ahli jawatankuasa baru ini dapat mengembalikan semula kegemilangan PBKL yang pernah dikecap ketika era 80-an dan 90-an dahulu.

“Saya akan menggunakan pengalaman saya dari latar belakang permotoran sebelum ini untuk cuba membawa masuk penaja dan menstabilkan kewangan PBKL, tambahan kita juga turut dibantu oleh jurulatih berpengalaman, Datuk Ng Joo Ngan,” kata Razlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×