PETALING JAYA: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Muslim Ahmad membuat kejutan apabila merekodkan kemenangan pertamanya dalam perlawanan Muay Thai, malam tadi. Pemain berusia 34 tahun itu, menumbangkan lawannya, Atingpek menerusi pukulan technical-knock out (TKO) pada pusingan kedua kejohanan. Pada pertarungan sengit itu, bekas pemain Sri Pahang itu menewaskan Atingpek menggunakan lutut sebelum dinobatkan sebagai pemenang kejohanan yang berlangsung di Padang Serai, Kedah. Keputusan itu membuktikan kepada peminatnya bahawa muay thai…