Fadhil pertaruh basikal lama ke New Delhi

Fadhil pertaruh basikal lama ke Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 New Delhi

Muhammad Fadhil Zonis akan menggunakan basikal lamanya bagi menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Asia ( ACC) 2024 yang akan berlangsung di New Delhi esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Atlet berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Zonis terpaksa bergantung kepada sebuah basikal sahaja menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung esok.

Ia susulan basikal yang digunakannya sebelum ini, WX-R Vorteq telah pun patah ketika Fadhil menyertai Kejohanan Basikal Trek Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Adelaide awal bulan ini.

Dalam kejohanan itu, Fadhil bersaing dalam acara keirin dalam pusingan ‘repechage’ mengalami pelanggaran dengan pelumba Cristian Ortega Fontalvo dari Colombia, sekaligus meranapkan impiannya untuk ke pusingan kedua.

Situasi ini menyebabkan Fadhil hanya tinggal sebuah basikal sahaja, yang sudah lama tidak digunakan untuk misi mempertahankan pingat emas acara 1 kilometer (km) di ACC minggu hadapan.

Begitupun, basikal lamanya itu bukan calang-calang kerana pernah membantunya melakar beberapa kejayaan sebelum ini.

“Basikal ini adalah basikal versi pertama WX-R, yang juga basikal prototaip. Saya gunakan basikal untuk sesi latihan sahaja.

“Begitupun, saya ada banyak kenangan dengan basikal ini, antaranya memecahkan rekod kebangsaan 11 tahun acara 1km di Kejohanan Berbasikal Dunia 2020 yang sebelum ini dipegang Rizal Tisin serta dengan memenangi pingat emas dan perak di Piala Negara-Negara UCI Hong Kong pada 2021.

“Saya tak tahu tapi saya rasa basikal ini ada tuahnya tersendiri, dan basikal ini pernah berjasa kepada saya. Saya harap perkara sama akan berulang di New Delhi,” jelas Fadhil yang ditemui di Velodrom Nasional, Nilai.

Ketika Kejohanan ACC yang berlangsung di Nilai tahun lalu, Fadhil berjaya menamatkan penantian selama sedekad negara dengan memenangi pingat emas acara 1km.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×