PETALING JAYA: Perebutan jawatan ketua jurulatih baharu skuad hoki lelaki negara menjadi semakin sengit setelah Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyenarai pendekkan empat calon untuk posisi itu. Antaranya adalah jurulatih kebangsaan Indonesia, Dharma Raj Abdullah dan bekas pengendali negara, Sarjit Singh. Mereka akan bersaing dengan dua lagi calon luar negara terdiri daripada Brendan Caralon yang sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu jurulatih kepada Arul Selvaraj serta Glen Turner, bekas pemenang pingat gangsa…










