Apa tidak kena dalam kem terjun negara?

Apa tidak kena dalam kem terjun negara?

PANDELELA Rinong dan Nur Dhabitah Sabri gagal mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara 10 meter platform seirama selepas menduduki tempat ke-12 Kejohanan Aquatik Dunia di Doha, Qatar,. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pendedahan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai kewujudan gangguan luar ketika mereka beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia, Doha minggu lalu seakan membuka sedikit pekung tentang konflik yang dihadapi barisan penerjun negara.

Rakan sepasukan, Nur Dhabitah Sabri tidak menafikan perkara itu, namun memberi petanda bahawa perkara yang menghantui mereka sepanjang kempen di Doha minggu lalu telah memberi kesan yang buruk terhadap seluruh penerjun negara.

Lebih menghairankan, Dhabitah secara tiba-tiba memetik nama bekas jurulatih skuad terjun negara, Christian Brooker yang dirasakannya mampu mengendalikan pasukan dengan lebih baik jika dia dikekalkan untuk kempen di Doha.

Brooker yang merupakan jurulatih kelahiran Australia dibawa masuk mengendalikan skuad terjun negara pada Disember 2017 bagi menggantikan jurulatih dari China, Yang Zhuliang. 

Bagaimanapun kontrak Brooker tidak disambung sejurus tamat kempen Sukan Olimpik Tokyo susulan skuad terjun negara gagal meraih sebarang pingat.

“Di pihak saya, jika Brooker masih ada, keadaan (di Doha) akan menjadi lain. Jadi ia di luar kawalan, mahu atau tidak, anda perlu bekerja dengannya (gangguan) dan jika anda tidak boleh bekerja, anda kena mencari jalan lain untuk menjayakannya.

“Benda sudah berlaku dan atlet mahu melakukan yang terbaik. Atlet juga tertekan, tetapi kami tetap menjalani latihan dengan gigih. Kami pergi ke China dan mereka korbankan cuti Krismas, begitu juga dengan saya.

“Kami bukannya pergi untuk beraksi hambar dan mensia-siakan masa ketika sesi latihan. Pastinya kami semua mahu buat yang terbaik selepas bekerja keras dalam sesi latihan. Benda pun sudah berlaku, dan mahu bergerak ke hadapan. Masa tidak boleh diputarkan semula dan harapan kini adalah melakukan yang terbaik untuk masa hadapan,” luah Dhabitah. 

Ketika ini, skuad terjun negara dilatih oleh dua jurulatih China iaitu Li Rui dan Jia Ning serta jurulatih tempatan, Datuk Leong Mun Yee sambil dipantau pengarah teknikal, Bryan Nickson Lomas dan Khairul Safwan Mansur sebagai pengarah prestasi tinggi.

Dalam masa yang sama, Dhabitah akui terbeban apabila diberi tanggungjawab beraksi dalam tiga acara ketika di Doha, antaranya 10 meter (m) platform seirama bersama Pandelela, 3m papan anjal seirama bersama Wendy Ng serta 3m papan anjal individu wanita.

Dhabitah mengalami kecederaan lengan sejak hari pertama tiba di Doha sehingga dia tidak berupaya untuk memeluk kakinya ketika melakukan rutin terjunan.

“Apa yang berlaku di Doha adalah kecederaan, sebab bukan sahaja saya tetapi saya rasa ramai penerjun balik dengan kecederaan. Jadi kami semua sangat kecewa kerana kami tidak minta untuk mengalami kecederaan dan bukannya tidak mahu beraksi dengan baik. 

“Tetapi secara jujur, berdepan dengan kecederaan dan beraksi dengan tiga acara berbeza adalah satu perkara yang sukar dan saya tidak boleh untuk memikulnya.

“Saya juga bersyukur kerana ia tidak berakhir dengan kecederaan lebih teruk dan itulah yang saya boleh cakap dan bersyukur saya masih selamat,” tambah Dhabitah.

Kegagalan skuad terjun negara di Doha juga bermakna Malaysia terpaksa bergantung harap kepada Betrand Rhodict Lises sahaja sebagai wakil tunggal negara di Sukan Olimpik Paris Julai depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya