Trio pengadil Malaysia lulus ujian

Trio pengadil Malaysia lulus ujian

NAZMI Nasaruddin bersama dua penolong pengadil, Zairul Khalil Tan dan Arif Shamil Abd Rasid diberikan tugas bagi mengadili perlawanan Iraq menentang Vietnam, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga pengadil Malaysia membuka lembaran sejarah baharu di Piala Asia 2023 apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tugas mengemudi aksi di Qatar, semalam.

Nazmi Nasaruddin bersama dua penolong pengadil, Zairul Khalil Tan dan Arif Shamil Abd Rasid diberikan tugas bagi mengadili perlawanan Iraq menentang Vietnam, kelmarin.

Mereka bertiga telah mengadili perlawanan Kumpulan D, Piala Asia 2023 antara pasukan Iraq menentang Vietnam di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar, pada 24 Januari 2024.

Sebelum ini, Zairul diletakkan selaku penolong pengadil simpanan bagi China menentang Tajikistan, manakala Arif sebagai penolong pengadil simpanan bagi aksi Iraq menentang Jepun.

“Pentas tertinggi Asia penting buat trio pengadil Malaysia itu untuk berada dalam senarai pendek pengadil dan penolong pengadil untuk menyertai kursus dan ujian ‘FIFA World Cup Candidate’.

“Kursus dan ujian itu penting kerana ia merupakan syarat pemilihan secara merit bagi melayakkan mereka mengadili perlawanan Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat,” kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan.

Dalam perlawanan tersebut, Nazmi telah melayangkan satu kad merah pada babak pertama kepada pemain Vietnam, Van Khang Khuat dan tiga lagi layangan kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan.

Ketiga-tiga Pengadil FIFA ini merupakan antara 35 pengadil dan 39 penolong pengadil yang terpilih untuk mengadili perlawanan di sepanjang kempen Piala Asia 2023 di Qatar bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN