Skuad hoki wanita tewas lagi, dibenam Korea Selatan 0-3

Skuad hoki wanita tewas lagi, dibenam Korea Selatan 0-3

(FOTO: FIH)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian skuad hoki negara untuk meraih kedudukan lebih baik di Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai selepas tumbang 0-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan di Valencia, Sepanyol sebentar tadi.

Terdahulu, skuad kendalian Nasihin Nubli Ibrahim sudah pun terlepas peluang untuk Paris selepas tewas kesemua tiga perlawanan dalam Kumpulan B.

Bagaimanapun Malaysia cuba untuk melakar kebangkitan dengan memberikan tentangan sengit terhadap Korea Selatan dan mereka berjaya memastikan gawang tidak dibolosi pada separuh masa pertama.

Aksi cemerlang itu gagal diteruskan di babak kedua apabila Cho Hyejin berjaya meledak pada minit ke 33.

Malaysia terus diasak bertubi-tubi yang menyaksikan Korea Selatan berjaya menggandakan jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Lee Yuri pada minit ke 46.

Park Seungae menjadikan kedudukan 0-3 pada minit ke 54 sekaligus memadamkan kebangkitan skuad negara dalam perlawanan ini.

“Saya harus memberi pujian kepada pemain kerana memberi persembahan yang amat baik terutamanya pemain senior dan dibantu pemain muda. Boleh dilihat pasukan Korea amat sukar untuk menembusi bahagian pertahanan kita.

“Barisan pemain negara juga berpeluang menyerang dan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Pada separuh masa kedua sedikit kelekaan menyebabkan mereka (Korea) menjaringkan gol, namun kita juga berpeluang menjaringkan gol.

“Beberapa pemain dapat menunjukkan bahawa mereka dapat meningkatkan permainan sebagai satu pasukan bermula perlawanan pertama hingga perlawanan hari ini,” kata Nasihin.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia akan beraksi pada perlawanan penentuan tempat ketujuh/kelapan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya