Giliran Harimau Muda masuk gelanggang

Giliran Harimau Muda masuk gelanggang

SKUAD Kebangsaan Bawah 23 menjalani latihan di Shanghai ketika menyertai aksi persahabatan menentang China tahun lalu. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas Harimau Malaya menutup kempen Piala Asia 2023 lebih awal daripada yang disasarkan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini meletakkan harapan ke atas skuad Harimau Muda untuk mara ke separuh akhir Piala Asia B-23.

Kejohanan yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 15 April hingga 3 Mei ini, menyaksikan barisan pemain muda kebangsaan akan diterbangkan lebih awal ke negra Asia Barat itu bagi melakukan persiapan rapi merealisasikan sasaran berkenaan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, bagi merealisasikan impian itu, pihak akan memastikan skuad B-23 membuat persiapan terbaik termasuk mengharungi beberapa aksi persahabatan di luar negara.

Menurut Hamidin, sekiranya berjaya menembusi slot empat terbaik, skuad B-23 juga berpeluang berpeluang merebut tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini.

Pentas Piala Asia B-23 menawarkan tiga automatik mewakili Asia ke Paris manakala satu lagi pasukan akan mengharungi saingan playoff menentang Guinea dari benua Afrika.

“Bukan mudah untuk merealisasikan harapan itu, namun dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku dan skuad kendalian Juan Torres Garrido berpeluang melakar sejarah.

“Kalau kita lihat kelayakan ini, hanya empat pasukan sahaja layak ke Olimpik, tiga tambah satu. Satu akan lawan playoff dengan benua lain. Jadi kalau dapat dua tempat teratas (peringkat kumpulan) akan layak ke suku akhir dan seterusnya masuk separuh akhir.

“Harapan kita memang kalau boleh kita masuk separuh akhir cantik, tapi sebelum itu kena layak dulu ke suku akhir. Jadi saya dan FAM akan tekan sebaik mungkin,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, pihaknya telah melakukan perbincangan bersama Garrido di Doha ketika jurulatih dari Sepanyol itu turut hadir menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon beraksi di Piala Asia baru-baru ini.

“Saya dah bermesyuarat dengan Juan Torres (Garrido) dan beliau pun memang ada di Doha dan bincang dengan saya, kita akan buat persiapan bermain di Indonesia empat penjuru terlebih dulu.

“Dan juga datang ke Doha lebih awal untuk tempuh beberapa aksi persahabatan dan latihan, itu penting untuk kita buat. Kita ada pilihan sama ada pergi ke Qatar, Dubai atau Arab Saudi, tapi paling baik di Qatar,” katanya.

Di Piala Asia B-23 nanti, pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya