Sebrian Shah hadiahkan Damba - Utusan Malaysia

Sebrian Shah hadiahkan Damba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Mendapat tempat di hati masyarakat menerusi lagu ‘Maafkan’, penyanyi, Sebrian Shah, kini tampil menghasilkan satu lagi lagu terbaharu berjudul ‘Damba’ sebagai kesinambungan kepada lagu sebelumnya.

Menurut Sebrian, lagu tersebut begitu dekat di hatinya selain berbangga kerana Damba juga meraih sambutan hangat bukan sahaja peminat di Malaysia bahkan di Indonesia.

“Seperti penyanyi lain, sudah tentu lagu yang akan dinyanyikan perlu dekat dengan  diri penyanyi itu sendiri tetapi lagu ini merupakan kesinambungan kepada lagu saya yang pertama iaitu Maafkan yang dikeluarkan beberapa bulan yang lepas.

“Saya juga gembira dan tak sangka, Damba turut mendapat tempat di hati pendengar dan peminat di negara seberang. Ia satu kejayaan yang tak dapat saya lupakan,”katanya.

Bercerita lanjut, kata Sebrian, proses untuk menyiapkan lagu ini juga lebih singkat berbanding lagu sebelumnya yang hanya mengambil masa selama tiga jam sahaja.

“Hal ini berkemungkinan kerana saya sangat selesa dengan komposer-komposer yang bekerjasama menghasilkan  lagu-lagu ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, lagu Damba juga baginya memberi nuansa yang berbeza buat pendengar kerana karya itu disuntik berat dengan genre pop rock.

“Menerusi Damba, saya cuba untuk membawa kembali kesegaran lagu-lagu lama sebagaimana yang pernah saya dengar pada waktu kecil dulu.

“Bagi saya, Damba mampu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar pasti jatuh cinta dengan melodi dan liriknya sendiri,” ujarnya.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya