Gagal doping: Atlet olahraga digantung 2 tahun

Gagal doping: Atlet olahraga digantung 2 tahun

SEORANG atlet olahraga digantung dua tahun selepas gagal dalam ujian doping ketika menyertai satu kejohanan dalam negara tahun lalu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang atlet olahraga digantung selama dua tahun daripada sebarang penyertaan sukan bermula 2 Jun 2023 hingga 1 Jun 2025 apabila disahkan positif ujian doping ketika Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2023.

Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas), Panel Pendengaran Anti-Doping Malaysia memutuskan bahawa atlet itu telah melanggar Peraturan Anti-Doping Adamas 2021 dan hukuman itu selaras dengan Peraturan Anti-Doping Adamas 2021 dan World Anti-Doping Code 2021.

Menurut Adamans, keseluruhan proses terhadap kes atlet berkenaan telah dijalankan dengan telus dan mengikut Peraturan Anti-Doping Adamas 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM) yang berkuat kuasa.

“Prinsip kebertanggungjawaban mutlak (Principle of Strict Liability) adalah terpakai kepada atlet. Ini bermakna setiap atlet harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin dan/atau sampel darah mereka yang diambil semasa pengujian kawalan doping, tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang.

“Oleh itu, adalah penting untuk semua atlet dan kakitangan sokongan atlet mematuhi peraturan anti-doping dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia,” jelas Adamas dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Adamas turut memaklumkan bahawa atlet berkenaan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis terhadap keputusan ini selewat-lewatnya 24 Januari ini (Rabu) kepada pihaknya.

Untuk rekod, Jun lalu, Adamas telah memaklumkan seorang atlet olahraga didapati positif bahan terlarang kelas S.6 Stimulants – sibutramine dan ia disahkan dari Makmal Anti-Doping, Doha, Qatar.

Selepas dimaklumkan dan menerima notis pertuduhan, atlet memohon secara bertulis untuk diadakan satu sesi pendengaran di hadapan Panel Pendengaran Anti-Doping Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya