Beri ruang hoki buat perancangan terbaik - Hannah

Beri ruang hoki buat perancangan terbaik – Hannah

HANNAH Yeoh meminta semua pihak tidak memberi tekanan kepada MHC sebaliknya memberi ruang kepada badan induk sukan hoki itu untuk melakukan perancangan terhadap skuad kebangsaan. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) perlukan diberikan ruang merencanakan perancangan terbaik selepas skuad Speedy Tigers gagal merealisasikan impian untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, semua pihak tidak seharusnya memberi tekanan dengan menuntut pertukaran jawatan termasuk jurulatih dan pihak pengurusan seperti yang berlaku kepada MHC ketika ini.

Hannah berkata, badan sukan tidak boleh selalu menukar pengurusan kerana proses penambahbaikan memerlukan masa dan beliau turut menjadikan skuad bola sepak negara sebagai contoh.

“Dalam sukan, kadang-kadang ada kalah dan menang. Apa yang saya perlukan daripada semua pihak dan peminat adalah supaya tidak menuntut perubahan dalam pengurusan setiap kali mengalami kekalahan.

“Kita tidak boleh selalu menukar pengurusan kerana proses penambahbaikan memerlukan masa. Kita tengok Kim Pan Gon perlukan masa dua tahun untuk yakinkan (peminat), begitu juga dalam hoki.

“Jadi kita tunggu apa langkah yang akan diambil KHM, tetapi kami memang sentiasa berhubung dengan presiden dan juga jurulatih. Saya selalu ambil masa untuk dengar bukan sahaja daripada persatuan, malah jurulatih juga.

“Sukan bukanlah sesuatu yang boleh ‘dimasak’ dalam tempoh sebulan, sebab itu perlukan masa dan kesabaran,” katanya.

Untuk rekod, skuad hoki lelaki negara gagal meraih slot ke Olimpik Paris apabila sekadar menamatkan saingan kelayakan yang berlangsung di Muscat, Oman minggu lalu di kedudukan kelima keseluruhan.

Dalam aksi kelayakan itu hanya tiga pasukan terbaik pada saingan kelayakan itu akan diberikan slot beraksi di Sukan Olimpik nanti yang menyaksikan ia menjadi milik Jerman, Great Britain dan New Zealand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya