Young Tigers tutup aksi di tangga ke-12

Young Tigers tutup aksi di tangga ke-12

KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2023 - Shafiq Ikmal Daniel gagal menyempurnakan peluang menambah satu mata menerusi pukulan sudut penalti ketika menentang New Zealand dalam aksi klasifikasi tempat ke-11 dan ke-12 Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional Buki Jalil di sini, hari ini. Malaysia tewas 3-4 dengan New Zealand ketika pukulan penalti selepas seri 2-2. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia menutup aksi pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di kedudukan ke-12 selepas tunduk di tangan New Zealand 3-4 menerusi penalti shoot-out dalam aksi penentuan tempat ke-11/12 di Stadium Nasional Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Skuad bimbingan Muhammad Amin Rahim itu bermula goyah selepas dikejutkan jaringan awal New Zealand seawal minit keempat menerusi pukulan sudut penalti yang berjaya disempurnakan Luke Aldred.

Bagaimanapun, Young Tigers berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain termuda berusia 17 tahun, Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari selang dua minit selepas itu.

Kedudukan 1-1 itu tidak kekal lama, apabila anak-anak buah Aaron Ford melipat ganda asakan ke kubu Malaysia yang akhirnya membuahkan hasil menurusi jaringan padang Sam Lints pada minit ke-9 untuk meletakkan New Zealand kembali mendahului 2-1.

Keputusan kekal Malaysia ketinggalan 1-2 sebaik wisel penamat penamat suku pertama dibunyikan pengadil.

Akibat hujan yang turun beserta petir, perlawanan telah ditunda dan aksi suku kedua hanya disambung semula selepas 20 minit.

Sebaik suku kedua disambung, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan, namun, keputusan masih kekal 1-2 dan ia berlanjutan sehingga suku ketiga permainan.

Young Tigers yang terdesak untuk memburu gol penyamaan, mempamerkan persembahan lebih agresif pada suku terakhir perlawanan.

Namun, New Zealand yang menerapkan corak permainan bertahan menyulitkan anak-anak buah Muhammad Amin bagi mencipta jaringan.

Usaha yang tidak mengenal erti putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang, Mohammad Shamir Rizmi Shamsul meledakkan gol penyamaan pada minit ke-57 hasil jaringan padang.

Keputusan kekal 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dan kedua-dua pasukan perlu beraksi pada penentuan penalti shoot-out bagi memutuskan pemenang.

Tiga gol penalti shoot-out Young Tigers disempurnakan oleh Muhammad Faris Harizan, Wan Muhammad Najmie Ahmad Dzaib dan Muhammad Harris Iskandar Osman.

Sementara empat gol New Zealand pula diledakkan menerusi Joshua Irwin (dua gol), Patrick Ward dan Jonty Elmes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya