Mustahil Djokovic mampu capai Golden Slam

Mustahil Djokovic mampu capai Golden Slam

NOVAK Djokovic memasang impian untuk mencapai Golden Slam tahun ini bermula dengan Terbuka Australia bula depan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bekas pemain tenis Sepanyol, Alex Corretja percaya Novak Djokovic tidak mampu untuk melengkapkan koleksi Golden Slam pada tahun hadapan, bermula dengan penyertaan di Terbuka Australia yang akan membuka tirai 14 Januari depan.

Golden Slam bermaksud Djokovic perlu memenangi bukan sahaja empat gelaran Grand Slam terdiri daripada Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat, malah pingat emas Sukan Olimpik dalam satu tahun.

Corretja yang pernah menghuni ranking No. 2 Dunia merasakan 2024 bakal menjadi tahun yang lebih mencabar buat Djokovic biarpun dia berjaya memenangi tiga daripada empat gelaran Grand Slam pada musim ini, kecuali Wimbledon yang menyaksikan dia tewas kepada Carlos Alcaraz pada perlawanan akhir.

“Saya rasa ia akan menjadi sesuatu yang mengejutkan untuk dia (Djokovic) memenangi Golden Slam kerana biarpun dia berupaya untuk meningkatkan gaya permainannya, usianya kini sudah semakin tua.

“Berumur adalah perkara yang normal, tetap proses pemulihan akan mengambil masa lebih lama. Dalam masa yang sama, dia masih mempunyai pengalaman dan lebih baik dia memberikan tumpuan kepada kejohanan yang penting sahaja, yang benar-benar memberikan kesan dalam kariernya.

“Saya yakin dia akan dapat memenangi gelaran Grand Slam, tetapi ia akan menjadi lebih sukar dan dia tahu tentang perkara itu,” jelas Corretja.

Dalam masa yang sama, Correctja tetap merasakan Djokovic akan menjadi pencabar utama di Terbuka Australia memandangkan pemain Serbia itu dalam misi untuk meraih gelaran ke-11 di kejohanan itu.

“Dia adalah pemain pilihan, saya rasa ini akan menjadi Terbuka Australia yang paling sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kita adalah barisan pemain yang mampu beraksi dengan begitu bagus dan mempamerkan aksi permainan di tahap tertinggi,” tambah Corretja. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya