Kenapa perlu pilih Natxo?

Kenapa perlu pilih Natxo?

PEMILIHAN Natxo Insa dalam skuad Harimau Malaya menimbulkan tanda tanya ramai. - GAMBAR SOUTHERN TIGER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan 26 pemain yang dipanggil Kim Pan Gon untuk persediaan Harimau Malaya menghadapi kempen Piala Asia di Qatar bulan depan adalah yang terbaik.

Perkara itu diakui jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim namun beliau terkejut dengan beberapa pemain dipanggil terutama mereka yang kurang minit permainan.

Bagaimanapun, Irfan yang pernah mengendalikan banyak pasukan seperti Terengganu, Selangor, Felda United, Persipura Jayapura dan Kuching City FC serta memiliki pengalaman sebagai jurulatih lebih daripada 30 tahun tidak menolak Pan Gon semestinya ada perancangan tersendiri.

“Memang jurulatih ada hak untuk menentukan siapa pemain yang beliau mahukan dan tak kisah nak panggil siapa.

“Cuma saya kurang bersetuju dengan Natxo (Insa) dan saya nak bertanya berapa banyak perlawanan yang dia bermain?. Bagi saya Pan Gon perlu buktikan kemampuan Natxo layak disenaraikan dalam skuad kebangsaan.

“Syamer Kutty (Abba) dan Khuzaimi (Piee) pun sama juga tiada minit dan kurang bermain. Jadi macam mana boleh menilai pemain ini,” katanya.

Kehadiran semula Natxo mencuri tumpuan dengan kali terakhir pemain tengah JDT berusia 37 tahun itu beraksi buat negara pada 2018 lalu ketika menentang Mongolia dalam aksi persahabatan.

Berdasarkan data statistik Natxo di Transfermarkt, dia hanya mencatatkan 209 minit permainan dalam lapan aksi Liga Malaysia termasuk hanya beraksi tujuh perlawanan daripada 26 aksi Liga Super, itu pun sebagai pemain gantian di separuh masa kedua.

Satu-satunya aksi Natxo bermain penuh dalam permainan adalah dalam perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika menentang BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN