Jelajah Golf US Kids musim pertama terima sambutan hangat

Jelajah Golf US Kids musim pertama terima sambutan hangat

SEBAHAGIAN peserta U.S. Kids Golf Malaysia Local Tour musim pertama tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) selesai menganjurkan U.S. Kids Golf Malaysia Local Tour musim pertama dengan jelajah terakhir berlangsung di A’famosa Golf Resort di Melaka pada 2 dan 3 Disember lalu.

Sebanyak 100 peserta menyertai kejohanan se;ama dua hari itu untuk berjuang menjadi johan pada jelajah pertama musim ini dalam 14 kategori peringkat umur yang dipertandingkan secara keseluruhan membabitkan peserta lelaki dan wanita.

Pada musim ini, sebanyak enam siri jelajah telah diadakan bermula di Kelab Golf Negara Subang (KGNS), Penang Golf Resort dan A’famosa Golf Resort dengan pemenang dipilih berdasarkan kedudukan mata dengan lima terbaik menerima All Star Recognition.

Pemenang bagi kategori bawah 12 tahun

Paling mencuri tumpuan pada siri jelajah musim pertama ialah Muhammad Qal Farez Hilmi dari Sepang, Selangor yang muncul sebagai juara jelajah termuda pada usia enam tahun dengan penyertaan kali pertama di kejohanan besar.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd., selaku pengedar marque Mazda dan penyediaan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti di Malaysia kerana memberikan sokongan kewangan untuk menjayakan jelajah ini.

“Terima kasih juga kepada ibu bapa, jurulatih dan kedi yang telah menyokong pemain remaja melalui permainan, terima kasih yang tidak terhingga atas usaha gigih anda untuk menjayakan majlis ini,” kata SportExcel dalam satu kenyataan.

Sebagai rakan penganjur jelajah, Mazda telah menyumbang wang tunai RM100,000, sekali gus membolehkan SportExcel menggabungkan program rebat tunai untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos penyertaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya