PARIS: Bekas juara dunia perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Jenson Button berkata, Lewis Hamilton memerlukan kereta yang sesuai untuk kembali menjadi pencabar grid ketika pasukan pilihan Red Bulls kembali diramalkan akan menyapu bersih sepanjang perlumbaan 2024.
Untuk tahun kedua berturut-turut, pemandu pasukan Mercedes, Hamilton gagal menjuarai grand prix sebaliknya Max Verstappen memenangi 19 daripada 22 perlumbaan manakala rakan sepasukannya dalam Red Bull Sergio Perez meraih dua daripada tiga baki lagi.
“Red Bull akan menjadi juara lagi tahun depan. Mereka memiliki kereta yang berkuasa tahun ini dan mereka sedang bekerja gigih untuk menyiap kereta bagi perlumbaan 2024
“Jika anda menyaksikan keputusan perlumbaan anda akan lihat Max Verstappen menang lagi tapi jika anda melihat dengan teliti perlumbaan ada beberapa perlumbaan yang menakjubkan pada tahun ini.
“Max tidak memenangi semua perlumbaaan. Dia hanya meningkat naik pada saat akhir dan ada banyak pencabarnya yang memberi ,” katanya.
Button yang kembali pulang ke pangkuan perlumbaan pada 2024 dalam World Endurance Championship mengetahui betapa pentingnya menguasai enam daripada tujuh perlumbaan awal ketika zamannya pada 2009.
“Dia tidak bersalah. Dia sebelum ini memandu kereta yang bagus. Anda tidak boleh menang dengan kereta yang kurang bagus. Anda perlu buat perbandingan ini. Untuk tahun 2024 pasukan Red Bull masih menjadi pasukan pilihan. Cumanya pasukan lain akan memberi tentangan sengit.
“Bukan mudah untuk menewaskan Max dan Red Bull,” katanya.
Hanya Hamilton selaku bekas juara dunia tujuh kali mampu memberi saingan kepada Verstappen jika dia mendapat kereta yang mampu menyayangi Verstappen.
“Lewis tidak akan memandu jika dia merasakan tidak cukup baik untuk memikul cabaran itu. Lewis boleh memenangi perlumbaan ini jika mendapat kereta yang lebih sesuai,” kata Button. – AFP/UTUSAN