Arsenal terus gayat di puncak liga selepas benam Wolves 2-1

Arsenal terus gayat di puncak liga selepas benam Wolves 2-1

Pemain Arsenal, Bukayo Saka meraikan jaringannya ke atas Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal terus menjadi pendahulu Liga Perdana Inggeris selepa mengatasi pasukan bawahan, Wolverhampton Wanderers dengan keputusan 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadim Emirates sebentar tadi.

Barisan anak buah Mikel Arteta memulakan langkah positif mereka seawal minit kelima apabila gerakan yang dimulakan pemain sayap, Bukayo Saka berjaya diterjemahkan dengan jaringan dia berjaya melepaskan diri dari kawalan pertahanan Wolves.

Gol tersebut menyemarakkan lagi semangat pemain Gunners apabila berselang tujuh minit kemudian, kapten pasukan, Martin Odegaard berjaya merembat kencang bola untuk menewaskan penjaga gol Wolves, Jose Sa selepas mendapat umpanan dari rakan sepasukan, Olesandrk Zichenko.

Malang buat Wolves apabila beberapa minit kemudian kehilangan khidmat Jose Sa selepas mengadu mengalami kecederaan belakang, dan terpaksa ditukarkan dengan penjaga gol gantian, Dan Bentley.

Aksi di babak kedua menyaksikan Wolves mula meningkatkan tempo untuk menyaingi Arsenal dan usaha mereka untuk mendapatkan jaringan berhasil pada minit ke 86 menerusi gol daripada Matheus Cunha.

Wolves terus bersemangat untuk menambah satu lagi gol dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Arsenal, namun tuan rumah kental bertahan sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Arsenal terus memacu liga dengan 33 mata, mengatasi Manchester City yang berada di tangga kedua dengan 29 mata yang kurang satu perlawanan.

Wolves pula akur untuk berada di tangga ke 13 liga dengan mengumpul 15 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya