SRAS komited bantu misi skuasy negara ke Sukan Olimpik LA2028

SRAS komited bantu misi skuasy negara ke Sukan Olimpik LA 2028

Presiden Persatuan Skuasy Selangor (SRAS), Farid Yunus (kiri) bersama Pengarah Kejohanan Skuasy Tertutup Selangor 2023, Ramlee Abdullah ketika sidang media kejohanan di Pusat Skuasy Padang Astaka, Petaling Jaya semalam. (FOTO: SRAS)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Raket Skuasy Selangor (SRAS) mahu menjadi sebahagian daripada tulang belakang dalam penghasilan pingat Malaysia di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028) apabila komited untuk membekalkan lebih ramai pemain muda berbakat untuk diserap ke skuad kebangsaan.

Perkara ini dijelaskan Presiden SRAS, Farid Yunus bahawa badan induk itu adalah antara persatuan skuasy terbesar di Malaysia dan mereka merancang untuk memperbanyakkan lagi program akar umbi dalam menghasilkan pemain-pemain berkualiti untuk mewakili negara.

Antara pemain negara yang pernah dibentuk oleh SRAS adalah juara kebangsaan lima kali, Iva Yuen yang kini di tangga ke 71 dunia, serta Addeen Idrakie Bakhtiar serta pemain muda meningkat naik, Tay Jun Qian yang dinobatkan sebagai juara Sirkit Remaja Kebangsaan.

“Kami memang bermula dari akar ubi dengan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dalam membantu usaha kami ini dengan memberikan pelbagai bantuan.

“Tetapi untuk menghasilkan pemain berkelas  dunia, ia berbalik semula kepada atlet itu sendiri, dan tugas kami adalah untuk menanamkan mentaliti itu dalam minda mereka supaya mereka sentiasa mahu menang dan menjadi terbaik.

“Kami membantu pemain-pemain kami yang mahu pergi beraksi di kejohanan luar negara, serta kami juga turut memberikan ganjaran tunai sehingga RM 1,000 jika mereka berjaya memenangi kejohanan remaja bertaraf Platinum, selain memberikan kepakaran jurulatih dan pemakanan untuk membantu mereka,” jelas Farid yang ditemui ketika Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Skuasy Tertutup Selangor 2023 semalam.

Kejohanan Skuasy Tertutup Selangor 2023 yang diadakan di Pusat Skuasy Padang Astaka, Petaling Jaya sejak telah menarik perhatian sebanyak 238 orang peserta dari seluruh negara.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan antaranya bawah sembilan (B-9) tahun lelaki dan perempuan,  B-11 tahun lelaki dan perempuan, B-13 tahun lelaki dan perempuan, B-15 lelaki dan perempuan, B-17 tahun lelaki dan perempuan serta kategori terbuka lelaki dan wanita.

“Untuk tahun ini, kita mendapat penyertaan tambahan berbanding edisi lalu, selain itu ada juga pemain-pemain yang sudah melebihi umur datang semula menyertai kejohanan ini sebagai jurulatih serta rakan sepelatih untuk pemain sedia ada, menolong kelab-kelab mereka.

“Saya boleh katakan apabila skuasy dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik, ia sedikit sebanyak menaikkan semangat mereka yang menyertai kejohanan ini. Dan kami harap akan lebih ramai penyertaan untuk edisi tahun hadapan,” jelas Pengarah Kejohanan, Ramlee Abdullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya