Selangor mudah benam Perak 4-0

Selangor mudah benam Perak 4-0

PEMAIN Selangor FC meraikan jaringan ketika berdepan Perak FC di Stadium MBPJ, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Perak FC 4-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan skuad kendalian Tan Cheng Hoe di kedudukan kedua Liga Super selain mencerahkan pelaung mereka untuk beraksi di Piala AFC musim depan.

Dalam perlawanan itu, Gergasi Merah hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk berada dihadapan menerusi jaringan Sharul Nazeem Zulpakar yang menanduk masuk sepakan sudut Yohandry Orozco.

Pada minit ke-33, Mukhairi Akmal menceriakan lebih 9,000 penyokong yang hadir dengan gol kedua Selangor untuk selesa mengakhiri babak pertama dengan kedudukan 2-0.

Bersambung babak kedua, Selangor terus mempamerkan penguasaan dengan beberapa percubaan berbahaya, namun barisan pertahanan Perak berjaya menghalang dengan sesekali mereka cuba melakukan serangan balas.

Pada minit ke-77, Orozco mencatatkan nama dalam senarai penjaring apabila merembat kencang gol ketiga selepas menerima umpanan daripada sebelah kanan untuk Selangor selesa berkelebihan tiga gol.

Berbaki 10 minit perlawanan, Ayron Del Valle menambah derita Perak dengan gol keempat Selangor yang juga gol ke-22 peribadinya musim ini.

Kedudukan 4-0 kekal hingga tamat perlawanan dan Selangor kini semakin kukuh di tangga kedua carta Liga Super dengan 55 mata dengan berbaki dua perlawanan lagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya