Manchester City dan Liverpool sama kuat sama hebat, akur seri 1-1

Manchester City dan Liverpool sama kuat sama hebat, akur seri 1-1

Liverpool dan Manchester City terpaksa akur untuk meraih keputusan seri 1-1 selepas kedua-dua pasukan berentap dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad sebentar tadi. (FOTO: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City terlepas peluang untuk menjarakkan diri mereka dengan pencabar lain setelah dipaksa seri 1-1 dengan Liverpool dalam aksi yang berlangsung di Stadium Etihad sebentar tadi.

City mempertaruhkan kesebelasan terbaik mereka yang diketuai Erling Haaland di jentera serangan, dan percaturan itu berhasil apabila pemain antarabangsa Norway itu meledak pada minit ke 27.

Gol tersebut merupakan gol ke 50 Haaland dalam kancah Liga Perdana Inggeris, sekaligus memecahkan rekod yang dipegang penyerang Manchester United, Andy Cole sebelum ini

Gol tersebut menyemarakkan lagi semangat barisan pemain The Citizen, namun Jurgen Klopp bijak untuk memastikan anak buahnya kekal ampuh untuk tidak membenarkan Liverpool bolos lagi.

City hampir lagi menambah jaringan pada minit ke 76, bagaimanapun pengadil perlawanan tidak mengiktiraf jaringan Ruben Dias kerana mendakwa Manuel Akanji mengasari penjaga gol Liverpool, Allison.

Liverpool terpaksa menanti sehingga minit ke 80 untuk menyamakan kedudukan apabila Trent Alexander Arnold melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan Ederson di gawang.

Biarpun pengadil memberikan masa tambahan sebanyak lapan minit, namun kedua-dua pasukan gagal untuk mencari gol kemenangan sekaligus kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan ini masih meletakkan City di tangga teratas liga dengan 29 mata, manakala Liverpool di tempat kedua dengan 28 mata. Arsenal yang berada di tempat ketiga dengan 27 mampu memintas kedudukan mereka seandainya mencatatkan kemenangan ke atas Brentford sebentar lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN