Malaysia tempang tanpa Eain Yow

Malaysia tempang tanpa Eain Yow

NG EAIN YOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan skuasy lelaki negara menerima tamparan apabila kehilangan khidmat pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, Ng Eain Yow bagi kempen Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia Lelaki yang akan berlangsung di Tauranga, New Zealand pada 11 hingga 17 Disember ini.

Perkara itu didedahkan oleh Eain Yow secara peribadi setelah dia berdepan dengan masalah permohonan visa untuk memasuki negara itu.

Bagi Eain Yow, dia akui kecewa kerana tidak dapat mewakili Malaysia untuk edisi kali ini, namun menganggap ini juga peluang buat barisan pemain muda untuk mengambil peluang ketiadaannya bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan.

“Malangnya saya tidak dapat menyertai Kejohanan Berpasukan Dunia kali ini disebabkan masalah visa dengan United Kingdom.

“Saya hanya boleh perbaharui visa saya pada bulan depan, bagi membolehkan saya meneruskan latihan dan pengajian sarjana muda saya di Universiti Bristol.

“Saya akui saya memang sedih dengan perkara ini tetapi saya harap pemain-pemain muda sedia ada akan cuba memanfaatkan peluang ini untuk beraksi di New Zealand,” jelas Eain Yow sejurus selepas tewas di pusingan separuh akhir Kejohanan Piala Skuasy Malaysia di Seremban 2, Negeri Sembilan kelmarin.

Ketika ini, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) masih belum menamakan empat pemain yang akan menggalas cabaran negara di kejohanan ini.

Bagaimanapun, tiga tempat lagi dilihat bakal diisi pemain senior seperti Ivan Yuen, Addeen Idrakie Bakhtiar serta Syafiq Kamal.

Ketika edisi 2019 di Washington, Amerika Syarikat, Eain Yow bersama-sama tiga lagi pemain itu menamatkan saingan di tempat kesembilan keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya