United tak rela dimalukan di Old Trafford

United tak rela dimalukan di Old Trafford

PEMAIN Manchester City turun ke Old Trafford dengan misi membawa pulang tiga mata. - IHSAN MANCHESTER CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik Ten Haq mengingatkan pemainnya seluruh dunia akan tertumpu kepada mereka apabila menentang musuh sebandar, Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, hari ini.

United menentang City buat kali pertama sejak tewas dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley, Jun lalu.

Ten Hag mengakui pertembungan ‘derby’ kali ini lebih besar daripada perlawanan bola sepak dunia yang lain dan untuk itu, dia perlu menyediakan barisan terbaik bagi menggembirakan penonton.

“Saya fikir ia pertembungan yang sangat besar kerana ini Manchester.

“Ia mungkin hanya aksi ­domestik, tetapi pertemuan ini juga mengenai bola sepak ­dunia. Semua mata akan tertumpu ­kepada perlawanan ini.

“City berada di hadapan kami dengan kelebihan enam mata, jadi kami perlu mengejar,” kata Ten Hag.

United turun dalam pertembungan ‘derby’ ke-191 dengan memenangi tiga perlawanan terakhir mereka, namun secara keseluruhan Red Devils belum mempamerkan persembahan baik secara konsisten.

UNITED LAWAN SUKAR

MANCHESTER United tidak rela kalah di laman sendiri. – MANCHESTER UNITED

Sementara itu, pengendali City, Pep Guardiola mengakui, United sentiasa menjadi ‘lawan sukar’ dan mereka perlu ­menyiapkan skuad terkuat.

United bangkit meraih kemenangan tipis ke atas Brentford, Sheffield United dan FC Copenhagen dalam tiga aksi terakhir selepas tewas enam daripada 10 perlawanan pertama musim ini.

Menjaringkan gol menjadi masalah terbesar mereka ­dengan Rasmus Hojlund belum mencipta jaringan liga, dan Marcus Rashford gagal mengulangi ­prestasi baik musim lalu di mana dia meledak 30 gol.

Bagaimanapun, Guardiola tetap berhati-hati dengan kualiti pemain yang dimiliki United.

“United sentiasa menjadi lawan sukar, mereka miliki semuanya, kualiti pemain, stadium, karakter dan momentum.

“Mereka boleh menjaringkan gol, kami tahu kualiti mereka. Selalu begitu dan akan sentiasa begitu,” katanya.

City kembali meraih kemenangan dengan menewaskan Brighton 2-1 hujung minggu lalu selepas tewas berturut-turut dalam perlawanan Liga Perdana buat kali pertama sejak 2018.

Ayam tambatan mereka, ­Erling Haaland akan hadir di Old Trafford dengan semangat tinggi selepas menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa gol di pentas Eropah, Khamis lalu.

Bintang Norway itu meledak dua jaringan ketika The Citizens menewaskan Young Boys 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara.

Menjelang pertembungan hari ini, United masih ­dibayangi kecederaan bintang tengah ­Brazil, Casemiro yang bergelut dengan masalah buku lali.

City pula resah dengan perkembangan Phil Foden dan Julian Alvarez. Ketiga-tiga ­pemain itu bagaimanapun tetap disenaraikan untuk perlawanan hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN