Tak perlu malu kalah dengan JDT - Yusri

Tak perlu malu kalah dengan JDT – Yusri

PERTAHANAN Perak FC, Jesper Nyholm (dua, kanan) cuba menanduk bola sambil dihadang penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (dua, kiri) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada apa yang hendak dimalukan oleh Perak FC selepas dibedil 1-4 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia kelmarin.

Pengendali Bos Gaurus, Yusri Che Lah menegaskan, pemain­nya telah mencuba sedaya upaya, malangnya yang terbaik masih tidak mampu menumbangkan Harimau Selatan yang terlalu gagah.

“Kesungguhan semata-mata belum mencukupi untuk ­menyaingi juara itu.

“Mereka memiliki segala ­kelebihan dan pengalaman, kami bukan tandingan mereka,” katanya selepas perlawanan.

Yusri memuji kesungguhan anak-anak buahnya yang berusaha memberi saingan sepanjang 90 minit perlawanan ­dengan setiap pemain berjuang habis-habisan serta tidak memberi laluan mudah kepada lawan.

PENYERANG Perak FC, Seo Seonung (kiri) cuba melepaskan diri daripada dihambat pemain tengah JDT, Oscar Arribas dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh kelmarin. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Cuma jurulatih itu kecewa kerana gagal menghadiahkan lebih kepada 21,000 yang hadir ke perlawanan itu dengan keputusan memberangsangkan.

“Mereka membayar untuk menyaksikan perlawanan. Majoriti mereka adalah kakitangan awam, setahu saya hari ini belum hari gaji.

“Namun mereka sanggup berkorban demi menyokong pasukan. Malangnya kami gagal membalas sokongan mereka dengan kejayaan,” katanya .

Sementara itu, jurulatih JDT Estaban Solari mengakui sukar di sebalik kemenangan 4-1 pasukan Harimau Selatan itu yang jelas membuktikan Perak sudah meningkat berbanding dua pertemuan dalam liga sebelum ini.

Menurutnya, Perak menunjukkan keinginan tinggi dan berjaya membuatkan perlawanan ini sukar buat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN