Sukan Para Asia Hangzhou 2022 dibuka secara rasmi

Sukan Para Asia Hangzhou 2022 dibuka secara rasmi

Kontinjen Malaysia berarak masuk ke dalam stadium ketika Upacara Pembukaan Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sebentar tadi. (FOTO: Majlis Sukan Negara)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU – Temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 dibuka secara rasmi menerusi upacara pembukaan yang gilang gemilang yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou sebentar tadi.

Upacara pembukaan itu dirasmikan oleh Naib Premier China, Ding Xue Xiang dihadapan 70,000 penonton yang hadir ke stadium.

Majlis Pembukaan Sukan Para Asia Hangzhou 2022 dibuka dengan penuh gilang-gemilang (FOTO: AFP)

Malaysia menjadi negara ke 21 berarak masuk ke dalam stadium yang disertai seramai 26 orang atlet dan 22 pegawai diketuai oleh Ketua Kontinjen, K.M Rajendran sambil atlet badminton para negara, Muhammad Ikhwan Ramli serta atlet olahraga para, Nani Shahiera Zawawi ditugaskan sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Kesemua mereka segak mengenakan persalinan moden berwarna kelabu.

Sebahagian atlet dan pegawai kontinjen Malaysia yang menyertai perbarisan Upacara Pembukaan Sukan Para Asia Hangzhou 2022 sebentar tadi. (FOTO: Majlis Sukan Negara)

Kontinjen negara mempertaruhkan seramai 113 atlet yang akan bersaing dalam 104 acara daripada 14 jenis sukan untuk edisi kali ini.

Terdahulu, Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang 35 pingat tanpa warna, mengikuti formula yang digunakan ketika Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya