Spicegals FC rangkul kejuaraan KLWSL 2023

Spicegals FC rangkul kejuaraan KLWSL 2023

Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan trofi kejuaraan KLWSL 2023 kepada pasukan Spicegals.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab berpangkalan di Lembah Klang, Spicegals FC mencipta sejarah apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2023 selepas menewaskan PJKITA 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Perlawanan itu terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan pada aksi final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Babak pertama menyaksikan skuad PJKITA yang dikendalikan Ismail Firdaus Khalid memulakan perlawanan dengan agresif dalam usaha memburu jaringan awal dan usaha mereka berhasil apabila penyerang sensasi mereka Henrietta Justine membuka tirai jaringan seawal minit keempat.

Namun selang enam minit, Spicegals bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyudah berkesan Nelly Jamini yang terhasil daripada kegagalan PJKITA membendung asakan bertali arus lawan.

Memasuki babak kedua menyaksikan penguasaan seimbang oleh kedua-dua pasukan namun jaringan kemenangan yang dicari gagal kunjung tiba sehingga tamat masa tambahan perlawanan walaupun deretan peluang gol dicipta.

Perlawanan kemudian diheret ke pennetuan penalti dan ketika Spicegals mendahului 6-5, penjaga gol mereka Azza Harmiza Basharuddin menyelamatkan sepakan penentuan pemain lawan, Nur Balqis Zamrin sekali gus mengesahkan kejuaraan pasukannya.

Selaku juara, Spicegals meraih trofi kejuaraan serta pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM11,111.11 manakala PJKITA selaku naib juara meraih hadiah wang tunai sebanyak RM 4,444.44 bersama pingat.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Penaung KLWSL, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Terdahulu Setiawangsa Rangers meraih tempat ketiga apabila menewaskan Kelantan FA 7-6 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Selaku pemenang tempat ketiga, Setiawangsa membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,444.44 dan Kelantan pula meraih RM1,111.11 selaku pemenang tempat keempat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya