Sepanyol, Norway tangguh hajat Scotland untuk layak ke Euro 2024

Sepanyol, Norway tangguh hajat Scotland untuk layak ke Euro 2024

PEMAIN Sepanyol meraikan kemenangan ke atas Scotland dalam kempen kelayakan Euro 2024 di Seville. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Scotland terlepas peluang pertama untuk mengesahkan tiket ke Kejohanan Eropah ( Euro) 2024 lebih awal apabila tumpas 2-0 kepada Sepanyol, manakala satu lagi pesaing Kumpulan A, Norway membenam Cyprus 4-0, awal pagi tadi.

Dalam aksi Kumpulan D, Turkiye yang membuat penampilan pertama di bawah jurulatih Vincenzo Montella menewaskan Croatia 1-0, manakala Albania mengukuhkan cengkaman Kumpulan E dengan kemenangan 3-0 ke atas Republik Czech.

Scotland yang telah memenangi lima perlawanan pertama, hanya memerlukan satu mata di Seville untuk mengesahkan tiket ke Jerman tahun depan.

Scott McTominay meletakkan Scotland di depan pada awal babak kedua menerusi sepakan percuma, malangnya jaringan itu dibatalkan selepas ulang tayang video bantuan pengadil (VAR).

Alvaro Morata akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-73 dengan menyudahkan hantaran Jesus Navas, dan 10 minit berselang, pemain gantian, Oihan Sancet yang membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa memastikan kemenangan ke-25 berturut-turut Sepanyol dalam aksi kelayakan Euro di laman sendiri.

ERLING Haaland meraikan jaringannya ketika membantu Norway mengalahkan Cyprus. – AFP

Dalam aksi di Larnaca, Erling Haaland melesak gol kelima dan keenamnya dalam  kempen kelayakan Euro 2024 untuk membantu kemenangan Norway.

Alexander Sorloth dan Fredrik Aursnez turut mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Norway.

Sepanyol kekal di tangga kedua Kumpulan A, tiga mata di belakang Scotland dan dua di depan Norway.

Sepanyol juga bermain kurang satu perlawanan berbanding kedua-dua pesaingnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN