Saya sayang Malaysia, cuaca bukan penghalang - Kelly

Saya sayang Malaysia, cuaca bukan penghalang – Kelly

KELLY Tan melakukan pukulan pada hari pertama Golf Maybank LGPA di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cuaca Malaysia yang sukar diramal, menyebabkan hari pertama Kejohanan Golf Maybank LPGA tidak berjalan lancar apabila pertarungan yang sedang rancak berlangsung terpaksa dihentikan seketika akibat hujan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), hari ini.

Bagaimanapun, pemain golf No. 1 negara, Kelly Tan yang menyambut ulang tahun ke-30 hari ini, enggan terbawa-bawa dengan isu cuaca yang sering dibangkitkan, malah, sebaliknya anak jati kelahiran Batu Pahat, Johor itu berkata, sebagai rakyat Malaysia, dia sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.

“Saya rakyat Malaysia, saya sudah biasa dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Jika panas saya akan gunakan payung, saya tidak kisah pun.

“Adakah saya sukakannya? Tidak juga, saya juga berpeluh, sehingga memaksa saya menyeka peluh yang mengalir, tetapi semua orang berdepan situasi sama,” katanya kepada pemberita di KLGCC, hari ini.

Kelly muncul pemain tempatan kedua terbaik pada hari pertama kejohanan apabila melengkapkan aksinya di kedudukan ke-52 menerusi catatan satu bawah par 71 dengan empat birdie dan tiga bogey.

Menurut Kelly, sebagai anak jati yang membesar dengan cuaca sebegitu, dia amat sayangkan tanah airnya dan sanggup mengharungi apa sahaja cabaran demi Malaysia.

Ketika ditanya tentang sambutan hari jadinya, Kelly memberitahu, dia merancang menyambut hari istimewa itu berdua dengan suaminya, selain, meraikan bersama kenalan yang datang jauh dari Kanada.

Sementara itu, pemain muda negara, Natasha Andrea Oon, 22, muncul sebagai pemain terbaik Malaysia apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-40.

Natasha Andrea Oon

Nastasha yang dilahirkan di Jakarta, Indonesia, menyempurnakan 70 pukulan dua di bawah par setelah mencipta empat birdie dan dua bogey.

Empat lagi wakil negara, Jeneath Wong dan Ashley Lau berkongsi kedudukan di tangga ke-60 selepas melakukan 72 pukulan, manakala Alyaa Abdulghany dan Ng Jing Xuen pula berada di tempat ke-73 setelah kedua-duanya mencatat dua atas par 74.

Natasha yang diletakkan di dalam kumpulan sama dengan idolanya, Lydia Ko dan Hannah Green melahirkan rasa teruja dapat beraksi bersama dua pemain handalan itu.

“Bermain dengan Hannah dan Lydia, mendorong saya berusaha dengan lebih baik lagi. Banyak saya belajar dengan Lydia, dia seorang pemain yang tenang dan tidak banyak kerenah, sikap rendah hatinya apabila melayan saya seperti kawan membuat saya terpesona,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya