Rooney ditawarkan gaji rendah latih Birmingham

Rooney ditawarkan gaji rendah latih Birmingham

WAYNE Rooney (kanan) menerima tawaran sebagai pengurus kelab Liga Kejuaraan, Birmingham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Wayne Rooney hanya meraih 10 peratus daripada gajinya ketika bergelar pemain Manchester United apabila bersetuju menyertai kelab Liga Kejuaraan, ­Birmingham sebagai pengurus pasukan.

Rooney menikmati gaji ­mingguan 300,000 pound (RM1.7 juta) ketika zaman kemuncaknya di Old Trafford.

Menurut The Sun, Birmingham menawarkan Rooney gaji 1.5 juta pound (RM8.71 juta) semusim untuk mengendali kelab yang memburu tempat ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tawaran tersebut menyaksikan bekas penjaring terbanyak England itu akan menerima gaji 29,000 pound (RM168,483) seminggu.

Ia kenaikan dua kali ganda berbanding ketika membim­bing kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat D.C. United 16,000 pound (RM92,957).

Rooney, 37, yang meletak jawatan di D.C United pada 8 Oktober lalu bersedia mengharungi cabaran baharu dan kembali ke England.

“Ia masa sesuai (me­ninggalkan D.C United). Saya telah melakukan segala yang mampu untuk membawa kelab ini ke playoff.

“D.C United hanya tidak bernasib baik. Ini berkaitan ‘masa’,” katanya selepas aksi terakhir liga yang menyaksikan D.C United menewaskan New York City 2-0.

Rooney pernah membim­bing Derby County selama dua musim, yang ­berakhir dengan penyingkiran ke Liga Satu, selain mengalami masalah kewangan yang teruk.

Jika menyertai Birmingham, dua rakan sepasukannya di England, Ashley Cole dan John O’Shea akan menjadi sebahagian kakitangan kejurulatihan kelab berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN