Piala Petrina tarik penyertaan 10 buah negara, lebih 600 gimnas

Piala Petrina tarik penyertaan 10 buah negara, lebih 600 gimnas

LEBIH 600 gimnas dari 10 buah negara akan berentap dalam kejohanan gimnastik berirama Piala Petrina yang membuka tirai bermula hari ini sehingga 15 Oktober.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia buat julung kali akan menganjurkan Piala Petrina iaitu kejohanan gimnastik antarabangsa yang berjaya menarik penyertaan 10 buah negara dan membabitkan lebih 600 peserta bermula esok hingga 15 Oktober ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kejohanan tersebut akan disertai gimnas dari Azerbaijan, China, Mesir, Jepun, Mexico, Singapura, Taiwan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia selaku tuan rumah.

“Pertandingan yang berlangsung selama empat hari itu diadakan diatas insiatif Naib Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Petrina Low yang juga Presiden Jawatankuasa Teknikal Gimnastik Berirama.

“Piala Petrina merupakan platform kepada gimnas untuk mengukir nama mereka di pentas antarabangsa,” kata penganjur dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, pertandingan berkenaan juga bertujuan mencipta impak jangka masa panjang untuk atlet mendapatkan pendedahan sewajarnya di peringkat tertinggi kejohanan gimnastik.

Jelas kenyataan itu lagi, ia turut membuka peluang kepada atlet untuk menimba pengalaman dan sekali gus mendorong kepada kecemerlangan mereka.

Sepanjang penganjuran Piala Petrina, sebuah program Gym for Life Challenge juga akan diadakan pada hari terakhir kejohanan yang dijangka menarik lebih 300 gimnas.

“Gym for Life Challenge diadakan bagi menggalakkan peserta untuk mempamerkan kreativiti, kerjasama berpasukan dan kecintaan mereka terhadap sukan gimnastik,” ujar kenyataan tersebut.

Dengan sokongan MGF, Piala Petrina menjanjikan satu persembahan gimnastik yang menarik, selain, menjalin ikatan persahabatan di peringkat antarabangsa dan satu pengalaman terbaik untuk para gimnas serta penonton yang hadir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya