Persatuan tidak boleh bergantung kepada kerajaan

Persatuan tidak boleh bergantung kepada kerajaan

MOHAMAD NORZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan-persatuan sukan di negara ini tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada sumber kewa­ngan kerajaan yang disifatkan sebagai amalan konvensional serta tidak lagi relevan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, bagi memastikan kelangsungan sesebuah sukan, pembabitan lebih ramai pemegang taruh amat penting kerana tanggungjawab tersebut tidak boleh diambil oleh kerajaan semata-mata.

“Kita tidak hanya boleh bergantung kepada cara konvensional untuk melakukan sesuatu.

“Kita perlu lebih ramai pemegang taruh, setiap persatuan sukan perlu ada ‘financial template’ sendiri kerana waktu-waktu kita bergantung sepenuhnya kepada kerajaan sudah tidak lagi relevan,” katanya pada majlis pembukaan kejohanan gimnastik Piala Petrina yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kelmarin.

Menurut Norza, kerajaan masih memainkan peranan tetapi dengan cara menawarkan insentif kepada pemegang-pemegang taruh termasuk kelab dan ibu bapa atlet.

Jelas beliau, tugas kerajaan ialah permudahkan ibu bapa, pentadbir sukan mahupun usahawan untuk turut menjadi penyumbang kepada industri sukan negara.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Kerajaan Negeri Terengganu melarang atlet gimnastik daripada bertanding pada Sukan Malaysia (Sukma) kerana isu pemakaian, MOM menghormati keputusan tersebut tetapi dalam masa sama tidak akan membiarkan nasib atlet-atlet terlibat tidak dibela.

“Kita tidak boleh nafikan Terengganu berjaya menghasilkan ramai atlet berjaya seperti sukan berbasikal, hoki tetapi dalam masa sama, kita juga tidak boleh halang anak-anak muda kita daripada terbabit dalam sukan tertentu kerana itu minat mereka,” tegasnya.

Justeru itu, beliau percaya kemelut tersebut boleh diatasi dengan baik, walaupun, terdapat halangan tertentu yang terpaksa dihadapi atlet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya