Perak berdepan ‘harimau’ letih?

Perak berdepan ‘harimau’ letih?

PEMAIN Perak menjalani latihan di Ipoh baru-baru ini dalam persiapan menghadapi JDT pada separuh akhir Piala Malaysia malam ini. – PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dengan tujuh tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) baru menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan dalam Pestabola Merdeka kelmarin, situasi itu memberi kelebihan kepada Perak FC apabila menerima kunjungan Harimau Selatan yang ‘keletihan’ pada separuh akhir Piala Malaysia di Ipoh malam ini.

Pemain sayap, Arif Aiman Hanapi mengetuai tonggak JDT yang menggalas cabaran Harimau Malaya bersama Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (penjaga gol), Matthew Davies (bek kanan), La’Vere Corbin Ong (pertahanan tengah), Endrick dos Santos (tengah), Safawi Rasid (sayap) dan Akhyar Rashid (sayap).

Matthew mengakui, peluangnya diturunkan dalam aksi di Ipoh itu masih 50-50, apatah lagi dia dia mengalami sedikit kecederaan pada babak pertama ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Tajikistan.

Empat hari sebelum itu, dia dan enam lagi rakannya dalam JDT menggalas cabaran Harimau Malaya ketika menewaskan India 4-2.

“Saya dikeluarkan selepas babak pertama (menentang Tajikistan) kerana mengalami kecederaan, begitu juga Arif yang tidak meneruskan aksi babak kedua.

“Kemungkinan untuk saya beraksi menentang Perak 50-50, namun saya tetap perlu bersedia untuk beri tumpuan terhadap aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pengendali Perak FC, Yusri Che Lah tidak mahu anak-anak buahnya terlalu menghormati Harimau Selatan biarpun sedar lawan mereka turun dengan rekod tanpa kalah musim ini.

“Saya mahu pemain turun dengan semangat juang kental,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN