Padang rosak kenapa FAM yang dipersalahkan

Padang rosak kenapa FAM yang dipersalahkan

PEMAIN negara, Akhyar Rashid membetulkan rumput yang tercabut ketika menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika ramai pihak menuding jari kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak, namun pihak yang sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh adalah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Secara umumnya, badan induk bola sepak negara hanya ‘pelanggan’ yang mahu menggunakan fasiliti dimiliki PSM dan sepatutnya pemilik padang itulah bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan terbaik.

Sebaliknya apabila berlaku padang ‘rosak’ Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac menuding jari kepada FAM yang dikatakan tidak sabar menggunakan gelanggang keramat Harimau Malaya itu walaupun sudah memaklumkan kepada mereka bahawa ia memerlukan dua hingga bulan lagi.

Legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann berpendapat sedemikian kerana badan induk itu dianggap sebagai ‘pe­langgan’ yang mahu menggunakan perkhidmatan di Stadium Nasional dan mereka bukanlah pemilik padang terbabit.

KEADAAN rumput Stadium Nasional Bukit Jalil yang tercabut ketika Malaysia menentang India dalam aksi Pestabola Merdeka. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“FAM atau sesiapa sahaja boleh menggunakan SBNJ kerana untuk menggunakan SNBJ, mereka perlu membayar kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), jadi mereka adalah pelanggan.

“Dalam hal ini, pemilik padang iaitu PSM perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu pada aksi final Pestabola Merdeka 2023, Selasa lalu, padang Stadium Nasional hanya bertahan 30 saat sebelum rumputnya tercabut meskipun kelihatan cantik dari jauh.

Bagaimanapun, situasi pada aksi final antara Malaysia menentang Tajikistan ini boleh dianggap lebih baik sedikit dan tidaklah seteruk seperti aksi pertama antara Malaysia menentang India di venue sama, Jumaat lalu.

Meskipun usaha keras telah dilakukan PSM untuk memperbaiki padang namun langkah diambil tidak mencukupi bagi memastikan padang berada dalam keadaan yang benar-benar terbaik hanya dalam tempoh tiga hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN