Maybank LPGA: Natasha kekal pemain terbaik Malaysia

Maybank LPGA: Natasha kekal pemain terbaik Malaysia

NATASHA Andrea Oon muncul pemain terbaik Malaysia pada pusingan kedua Maybank LPGA di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain muda negara, Natasha Andrea Oon mengekalkan kedudukannya sebagai pemain terbaik Malaysia pada Kejohanan Golf Maybank LPGA apabila menempatkan diri di kedudukan ke-37 keseluruhan pada pusingan kedua di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu mengumpul tiga bawah par 141 untuk berkongsi kedudukan dengan sembilan lagi pencabar.

Natasha menamatkan pusingan kedua dengan satu bawah par 71 selepas memperoleh tiga birdie dan dua bogey.

Nastasha ketika ditemui pemberita berkata, pusingan kedua berlangsung lebih mencabar terutama kedudukan pin, tetapi, dia menerima cabaran itu dengan baik.

“Saya sebenarnya teruja untuk menyaksikan bagaimana mereka menjadikan lapangan (di West Course) begitu sukar.

“Situasi tersebut mendorong saya untuk menerima cabaran itu, lebih-lebih lagi saya bermain dengan Chanettee (Wannasaen) yang kelihatan beraksi dengan cukup mudah, jadi, bergantung kepada anda sendiri untuk menjadikan ia sebagai hari anda ataupun sebaliknya,” katanya.

KELLY Tan tampak kecewa ketika mengharungi pusingan kedua Maybank LPGA hari ini yang menyaksikan dia menutup saingan dengan empat atas par. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Dua lagi wakil Malaysia, Jeneath Wong dan Ashley Lau berada di tempat ke-59 keseluruhan berkongsi dengan tiga pemain lain selepas kesemua mereka mencatat satu  bawah par 143 pukulan.

Alyaa Abdulghany pula berjaya memperbaiki kedudukannya pada pusingan kedua selepas menghuni tempat ke-69 keseluruhan setelah melakukan dua di atas par 146 pukulan, manakala, Kelly Tan merosot di tangga ke-71 selepas mencatat tiga di atas par 147 pukulan keseluruhan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Ng Jing Xuen kekal berada di kedudukan terbawah dalam kalangan pemain tempatan apabila menghuni di tempat ke-75 keseluruhan setelah melakukan lapan di atas par 152 pukulan.

Walaupun mencatat keputusan kurang memberangsangkan, peluang beraksi buat kali pertama pada Jelajah LPGA, mampu menjadi satu pengalaman cukup berharga buat Jing Xuen yang hanya berusia 15 tahun. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya