KBS tawar insentif kepada ibu bapa, ahli keluarga atlet

KBS tawar insentif kepada ibu bapa, ahli keluarga atlet

HANNAH Yeoh diminta campur tangan konflik Pesuruhjaya Sukan dengan Majlis Olimpik Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia menawarkan insentif kepada ibu bapa dan ahli keluarga atlet yang sudi untuk membantu kerajaan membiayai anak-anak mereka terbabit dalam bidang sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, menerusi perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihaknya mengusulkan cadangan tersebut agar tidak ada lagi ‘budaya’ bergantung kewangan kepada kerajaan semata-mata.

“Itu cara terbaik untuk menyokong industri sukan kerana kita tidak mahu terlalu bergantung kepada belanjawan kerajaan.

“Tetapi kita dalam masa sama bersedia memberikan insentif kepada ibu bapa yang sanggup berbelanja untuk anak-anak mereka terbabit dalam sukan di usia muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Piala Petrina iaitu kejohanan gimnastik berirama antarabangsa yang menarik penyertaan 10 buah negara yang turut dihadiri Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria di sini, hari ini.

Menurut Hannah, beliau akui semua sukan memerlukan dana dan itulah hakikatnya, tetapi, sebagai pembaharuan dalam industri sukan, pemberian insentif kepada pihak tertentu yang bersedia memberikan sokongan kewangan perlu dilaksanakan.

Jelas beliau, insentif itu bukan setakat kepada ibu bapa atlet, malah, ia turut boleh dinikmati oleh syarikat koporat yang diberi pengecualian cukai dan peluang untuk menikmati Geran Padanan Sukan.

“Kita sentiasa berbincang dengan Kementerian Kewangan melalui apa cara untuk membantu atlet dan sebab itu, kita berharap insentif ini dapat diteruskan,” ujarnya.

Hannah memberitahu, untuk sukan yang cemerlang, melalui Majlis Sukan Negara (MSN) mereka akan dibantu dari segi dana untuk memperkasakan lagi sukan berkenaan.

“Semua sukan perlukan dana, itu adalah realiti, jadi, perlu ada inisiatif-inisiatif baharu yang mampu memacu industri sukan,” tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan pelantikan Ketua Pengarah MSN yang baharu, Hannah berkata, pihaknya kini berada dalam proses temu bual calon dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

Buat masa ini, Timbalan Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yakub memangku tugas sebagai Ketua Pengarah selepas Datuk Ahmad Shapawi Ismail bersara, bulan lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya