Junior Eldstal mahu ulangi sejarah Pestabola Merdeka

Junior Eldstal mahu ulangi sejarah Pestabola Merdeka

Junior Eldstal ketika menjalani sesi latihan bersama skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, semalam.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Junior Eldstal berharap dirinya dapat mengulangi sejarah menjulang piala Pestabola Merdeka 2023 selepas kali terakhir menjulang piala itu pada 10 tahun lalu ketika bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Junior adalah sebahagian daripada pemain skuad B-23 tahun negara yang menjuarai kejohanan bersejarah ini pada 2013 dengan dia sendiri menjadi penjaring ketika menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

“Sudah tentu saya mahu ulangi pencapaian yang lama (juara edisi 2013) dan ketika itu adalah detik terbaik saya dalam bola sepak Malaysia dan kini kami mahu cipta sejarah yang baharu dengan skuad ini di bawah pimpinan Kim Pan Gon.

“Kalau tentang jaringkan gol, mungkin susah sedikit. Dahulu saya bermain di posisi tengah dan sekarang di posisi lain (pertahanan), kena berlari naik ke atas tetapi, saya akan buat yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Sementara itu, Junior berkata, suasana dalam skuad kebangsaan ketika ini sangat baik kerana rata-rata pemain sudah lama bersama Pan Gon dan hanya beberapa perubahan kecil yang dilakukan oleh pengendali dari Korea Selatan itu.

Junior juga mengalu-alukan persaingan di posisi yang dimainkan kerana dia faham apa yang dimahukan barisan kejurulatihan selain Pan Gon juga mengenali dirinya sebagai pemain serta tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya.

“Kem kali ini adalah persediaan untuk Piala Asia dan kami perlu memahami taktikal yang dikehendaki jurulatih. Untuk itu, saya berikan 100 peratus dan jurulatih juga kekuatan dan kelemahan saya.

“Kami juga sedar bahawa jangkaan atau harapan peminat terhadap kami selepas perlawanan menentang China dan Syria kini lebih tinggi kerana dalam kedua-dua perlawanan itu kami boleh menang sebenarnya walaupun kami terpaksa akur dengan keputusan seri.

“Prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh setiap pemain disumbang oleh faktor mempunyai keyakinan diri. Namun kita juga perlu akui bahawa pasukan India adalah sebuah pasukan yang kuat kerana mereka berada di kedudukan ke-102 dunia ketika ini.

“Tajikistan dan Palestin juga adalah pasukan yang hebat jadi saya harap kita dapat meneruskan momentum pada kejohanan Pestabola Merdeka nanti,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya