Jun Qian dan Doyce juara Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Finals

Jun Qian dan Doyce juara Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Finals 2023

Juara kategori Bawah 19 tahun lelaki, Tay Jun Qian (tiga dari kiri) bersama-sama pemenang kategori lain yang mengungguli Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 2023 yang berlangsung hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Kejohanan CIMB Rising Star dan Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Finals 2023 akhirnya melabuhkan tirainya hari ini apabila Tay Jun Qian dan Doyce Lee Yee muncul juara kategori bawah 19 (B-19) tahun lelaki dan perempuan.

Aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Skuasy Kompleks Sukan S2, Seremban hari ini menyaksikan Jun Qian turun sebagai pilihan pertama kejohanan menentang Hashvind Kugan dari Kuala Lumpur.

Jun Qian yang masih segar memenangi Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Pusingan Ketiga di Petaling Jaya bulan lalu ternyata sukar digugat apabila berjaya membalas segala pukulan daripada Hasvind dalam perlawanan ini.

Pemain yang mewakili Selangor itu mudah mendominasi keseluruhan perlawanan, dan akhirnya dinobatkan sebagai juara dengan kemenangan 11-8, 11-9, 12-10 selepas 29 minit bertarung di dalam gelanggang.

“Saya beraksi dengan baik hari ini, saya mengikut segala apa yang telah dirancang dan semuanya berjalan dengan sempurna, jadi saya amat berpuas hati.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini, kerana situasi amat sukar untuk memulakan semula latihan selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Saya kembali semula selepas menduduki peperiksaan, dan cuba mendapatkan semula tahap kecergasan saya, ia perjalanan yang amat sukar.

Dalam aksi perempuan B19 tahun pula menyaksikan pertarungan antara Doyce Lee Yee dari Sabah menentang Whitney Isabelle Wilson yang mewakili Pulau Pinang.

Walaupun ketinggalan dalam dua set pertama, Doyce menampilkan aksi semangat juang yang tinggi untuk memenangi baki tiga set berikutnya dengan keputusan
5-11, 9-11, 11-8, 11-5, 11-9 dalam tempih 37 minit.

“Saya rasa setiap kali bertemu dengannya (Whitney) akan sentiasa menjadi sukar kerana kami sudah bertemu banyak kali, dan peluang bertemu dengannya pada hari ini adalah peluang untuk saya melakar kemenangan kerana sudah lama tidak menjuarai sebarang gelaran.

“Saya rasa kemenangan ini adalah batu loncatan untuk saya mengharungi kejohanan lain selepas ini antaranya saingan PSA di Melaka minggu hadapan dan kemudian Red Tone pada Disember,” jelas Doyce.

Majlis penyampaian pingat dan hadiah kemenangan disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Penaung Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya