Industri sukan tempatan raih peruntukkan RM 184 juta untuk 2024

Belanjawan 2024: Industri sukan dapat peruntukan RM184 juta

KONTINJEN Malaysia ketika perarakan pembukaan Sukan SEA Kemboja 2023.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara sebentar tadi telah menyaksikan industri sukan tempatan  memperoleh peruntukan keseluruhan RM184 juta.

Jumlah tersebut adalah  lebih rendah berbanding tahun ini iaitu RM399 juta.

Sebanyak RM72 juta diperuntukkan untuk persiapan atlet negara mengharungi musim 2024. Ia termasuk RM20 juta untuk program ‘Road to Gold” (RTG) yang diwujudkan bagi misi meraih pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Untuk barisan atlet para pula, RM12 juta diperuntukkan kepada mereka bagi persiapan dan persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Paralimpik Paris 2024.

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM50 juta untuk penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan di seluruh negara, terutamanya fasiliti yang berada dalam keadaan usang.

Dalam masa yang sama, kerajaan turut menyediakan dana geran padanan berjumlah RM50 juta untuk menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan dan sektor swasta.

Antara kelainan untuk belanjawan kali ini membabitkan sektor sukan adalah apabila pihak kerajaan turut bersetuju untuk memberikan potongan potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu atau syarikat yang menyumbang kepada institusi, organisasi atau tabung yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang melaksanakan program pendidikan termasuk pendidikan sukan.

Pelepasan cukai khusus juga turut diberikan untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000 dan ini juga meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.

Bagi pembangunan e-sukan pula, Malaysia masih lagi komited untuk menjadi peneraju hab industri e-sukan di rantau ini dengan memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan syarikat atau studio permainan video antarabangsa melabur di Malaysia dalam pembangunan produk digital mereka bersama-sama bakat tempatan.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga bersedia untuk mengurangkan duti hiburan khususnya membabitkan pusat permainan dalam dewan, taman tema dan pusat rekreasi kepada lima peratus.

Turut sama dikurangkan adalah duti hiburan yang membabitkan acara sukan dan permainan kepada 10 peratus bagi merancakkan lagi aktiviti penganjuran kejohanan sukan antarabangsa di Malaysia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya