Emas ini untuk semua rakyat Malaysia - Eain Yow

Emas ini untuk semua rakyat Malaysia – Eain Yow

NG Eain Yow meraih emas kelima Malaysia selepas menewaskan pemain India, Saurav Ghosal 9-11, 11-9, 11-5, 11-7.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bumi China terus menjadi saksi kecemerlangan pasukan skuasy negara apabila barisan pemain Malaysia mengulangi pencapaian tiga emas di Guangzhou pada 2010, dengan jaguh perseorangan lelaki negara, Ng Eain Yow menjelmakan pingat emas ketiga pada Sukan Asia di Hangzhou, sebentar tadi.

Eain Yow menepati statusnya sebagai juara Asia apabila membenam pemain veteran India, Saurav Ghosal 9-11, 11-9, 11-5, 11-7 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki yang berlangsung selama lebih sejam di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.

Kejayaan pemain berusia 25 tahun itu turut mengakhiri penantian Malaysia untuk menjuarai acara perseorangan lelaki selepas kali terakhir pemain negara berbuat demikian menerusi Mohd. Azlan Iskandar, 13 tahun lalu.

Pada Sukan Asia di Guangzhou, Malaysia memenangi tiga pingat emas, 1 perak, dua gangsa.

Kejayaan Eain Yow itu juga membolehkan Malaysia menambah kutipan pingat emas menjadi lima kesemuanya dengan tiga daripada tuaian tersebut datang daripada skuasy.

Eain Yow ketika ditemu bual oleh Astro Arena selepas perlawanan berakhir menyifatkan kemenangan itu bukan untuk dirinya seorang, malah, buat seluruh rakyat Malaysia.

S. Sivasangari menghadiahkan emas dalam perseorangan wanita. – BERNAMA

“Kejayaan ini bukan saya seorang tetapi seluruh pasukan yang telah bekerja keras memastikan Malaysia membawa pulang pingat emas.

“Sejujurnya kemenangan ini untuk negara, untuk orang yang berada di belakang saya dan semua rakyat Malaysia yang berada di tanah air,” katanya.

Untuk hari ini sahaja, skuasy cukup cemerlang menggondol dua emas dan satu perak di mana S. Sivasangari menjuarai acara perseorangan wanita dan beregu campuran, Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman muncul naib juara.

Secara keseluruhan, skuasy membawa pulang tiga emas yang turut menyaksikan pasukan wanita membutirkan kilauan tersebut, minggu lalu dan 1 perak serta 1 gangsa (berpasukan lelaki).

Pencapaian itu juga membolehkan Malaysia muncul juara keseluruhan untuk skuasy. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya