Darren mahu cemerlang bersama Harimau Malaya

Darren mahu cemerlang bersama Harimau Malaya

DARREN Lok (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Sabah FC membelasah PSM Makassar dalam sainganPiala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas cemerlang membantu Sabah FC mengharungi kempen Piala AFC, Darren Lok semakin bersemangat untuk meneruskan momen­tum apabila menyarung jersi Harimau Malaya dalam Pestabola Merdeka minggu depan.

Dalam aksi Kumpulan H di Bali kelmarin, Darren meledak dua gol untuk membantu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mem­belasah wakil Indonesia, PSM Makassar 5-0.

Malaysia akan menentang India dalam saingan pertama Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat depan.

Semua pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Kim Pan Gon akan memulakan kem latihan pusat bermula hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya.

“Saya sentiasa suka men­jaringkan gol dan apa yang penting selagi saya dapat membantu pasukan menang saya gembira. Saya berikan 100 peratus komitmen dalam setiap perlawanan.

“Saya harap dapat teruskan momentum bersama skuad kebangsaan,” katanya yang me­ngumpul empat jari­ngan dalam Piala AFC musim ini.

Sementara itu, Kim Swee tidak mahu pemainnya terlalu gembira dengan kemenangan ke atas Makassar, sebaliknya kekal fokus untuk memburu lebih banyak kemenangan.

“Saya ucapkan tahniah kepada pemain kerana mengikut apa yang dirancang dan ­akhirnya kami berjaya mencipta kemenangan.

“Biarpun pemain mempunyai beberapa isu luar padang tapi mereka memiliki mentaliti yang cukup baik,” katanya.

Kemenangan kedua berturut-turut yang dilakar Sang Badak membolehkan mereka ­mengungguli Kumpulan H de­ngan mengutip enam mata maksimum.

Pada 21 September lalu mereka menewaskan Wakil Singapura, Hougang 3-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya