Aaron-Wooi Yik, Zii Jia intai gelaran Terbuka Denmark

Aaron-Wooi Yik, Zii Jia intai gelaran Terbuka Denmark

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wakil Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Lee Zii Jia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, Denmark, awal pagi tadi.

Beregu No. 1 negara, Aaron-Wooi Yik diberi tentangan sengit sebelum beroleh kemenangan berharga ke atas gandingan tuan rumah, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 21-15, 21-15.

Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking No. 4 dunia itu memburu gelaran pertama pada Jelajah Dunia dan mereka perlu melepasi halangan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana sebelum merealisasikan impian tersebut.

Shohibul-Bagas mengalahkan rakan senegara, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-11, 16-21, 21-12 dalam satu lagi separuh akhir.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan lelaki, pemain No. 11 dunia, Lee Zii Jia membenam cabaran Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong menerusi kemenangan straight set 21-15, 21-17 dalam masa 42 minit.

Zii Jia yang mula mempamerkan kebangkitan daripada kemelut prestasi, bakal berdepan pemain China yang menghuni ranking ke-22 dunia, Weng Hong Yang pada final.

Pada separuh akhir, Hong Yang mengejutkan rakan senegaranya yang menghuni ranking No. 4 dunia, Shi Yu Qi 21-19, 21-14.

Jika, Zii Jia berjaya dalam misinya, maka, pemain berusia 25 tahun itu akan merangkul gelaran kedua berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Arctic di Finland, minggu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya