Tiada bunga api dalam majlis pembukaan Sukan Asia

Tiada bunga api dalam majlis pembukaan Sukan Asia

ORANG ramai berkumpul di sepanjang Sungai Qiantang baru-baru ini untuk menonton pertunjukan cahaya dan lampu menjelang upacara pembukaan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China malam ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANGZHOU: Biarpun bunga api sinonim dengan upacara pembukaan temasya besar, namun majlis perasmian Sukan Asia ke-19 yang membuka tirai malam ini dijangka berlangsung tanpa pertunjukan bunga api.

Bagi menyahut kempen ‘persekitaran lebih baik’, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) akan menggantikan pertunjukan bunga api tradisional kepada simbahan lampu digital.

Walaupun China dianggap lubuk penghasilan bunga api dunia, namun penganjur mahu memastikan edisi kali ini menjadi negara neutral karbon pertama di Asia mengurangkan pelepasan karbon dan menggunakan tenaga hijau.

Pertunjukan bunga api sentiasa menjadi tarikan penting dalam kebanyakan acara pelbagai sukan sewaktu majlis pembukaan dan penutup khususnya Sukan SEA hingga temasya Olim­pik.

Jurucakap majlis perasmian dan penutup Sukan Asia Hangzhou, Li Yiqing berkata bunga api digital pelbagai warna menyampaikan konsep hijau dan yakin simbahan warna bunga maya itu mampu mencapai kesan yang sama.

PENONTON duduk berhampiran maskot Sukan Asia ketika menonton suku akhir kriket wanita di Hangzhou semalam. – AFP

“Bahan api obor utama upa­cara pembukaan menggunakan metanol sifar karbon, yang merupakan kali pertama di dunia, membantu menjadikan Sukan Asia neutral karbon pertama dalam sejarah.

“Metanol hijau yang dijana semula daripada sisa karbon akan digunakan sebagai bahan bakar untuk menara suar utama dalam upacara itu,” katanya dalam sidang akhbar kelmarin.

Upacara pembukaan akan diadakan di sepanjang Sungai Qiantang, dan pelbagai persembahan serta perarakan masuk atlet negara-negara bertanding berlangsung di bawah gemerlapan cahaya lampu LED serta pertunjukan laser.

Kontinjen akan dibawa menaiki kapal layar kecil melalui Sungai Qiantang sambil ditemani lampu berwarna-warni, laser yang ‘menari’ mengikuti rentak muzik.

Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang bertanding dalam 481 acara daripada 40 sukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya